Tuesday, 23 June 2015

Rahsia Momento ; Berani

Assalamualaikum XD

aku ada pinjam satu buku dari kawan aku . memang kalau aku bagitau penulis ni rasanya ramai yang dah kenal . dapat dapat buku tu , waktu balik dekat atas kereta aku dah start baca . sampai nak keluar beli makanan dekat bazaar ramadhan pun aku tak sanggup nak lepaskan buku tu . perghh , hebat gila dowh !

Ahmad Adnin bin Roslan . siapa tak kenal pengasas page Tarbiah Sentap yang dah glemer glemeres dekat fesbuk tuu .

Momento .



cerita pasal kisah silam 5 sahabat yang dibukukan sebagai inspirasi untuk masyarakat luar sana yang ada niat untuk berubah. kiranya buku ni macam memotivasikan diri kita la * memang aku termotivasi pong *

first chapter aku baca buku ni pun dah tak tahan . sedih ya amat . ayat dia sempoi tapi memang terkesan dekat hati la wehh . dan aku rasa macam sentap sebab kebanyakan apa yang dia tulis dalam tu , aku pernah buat . terus muhasabah diri balik . apa yang aku buat selama ni ? sia sia ka hidup aku selama ini ?

Allah .

paling tak tahan bila kita sendiri dalam bi'ah solehah , tapi perangai tak macam tu . rasa macam tak guna sangat . tak pernah nak fahami betul betul tujuan atau matlamat hidup .

kebetulan aku baru buat test oral untuk pt3 pagi tadi . and dapat buku tu pulak . terfikir jugak , macam mana kehidupan aku nanti . mampu ka aku nak tarbiyah orang . sanggup ka aku nak hadapi cabaran tu . ka aku akan tinggalkan semua usrah , naqibah , tarbiyah tu macam aku tinggalkan sekolah nanti .

apa kaitan oral pulakk .

yalahh , aku buat oral tadi dengan ketaq toksah dok cakap laa , terangkat kaki kaki semua . ngeri kott. oral kan nak tengok cara kita berkomunikasi . speaking . dan untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya perlukan keberanian untuk mengutarakan pendapat . perlu pandai bergaul . bijak dalam cara menyampaikan sesuatu .

tapi buat oral yang sorang sorang tu pun dah macam nak melompat lompat dekat atas awan . rasa macam tengah ada dekat gunung everest . nervous tak torahh . macam mana nak jadi pendakwah ni . kata nak jadi da'ie yang bagus . benda macam tu pun takleh handle . ahhh , sudahhh

sebab tu bila aku baca buku ni , aku rasa nak sangat sangat sangat ( sila tambah 'sangat' lagi 100 kali ) berubah dan jadi macam depa . kalau depa boleh , takkan kita tak boleh .

aku dah tak leh nak describe perasaan waktu baca buku tu . memang hampa kena baca sendiri baru hampa tau . rasa macam tengah nampak sisi lain kita tengah berjuang untuk berubah . and it's work .

kesimpulan dia kat sini , nampak tak tajuk berani tuu ? aku nak cakap jadi pendakwah kena berani . berani menyatakan kebenaran . macam depa tu . * watchaaaa *

NOTAKAKI : siapa baca buku ni tak tangkap leleh tu memang menipu tahap petala kelapan la wehh 

No comments:

Post a Comment